Aluan Pengarah

Pengarah

Kenali Bike Fest
ALHAMDULILLAH syukur kepada ALLAH, Buat julung-julung kalinya Alternative Riding Club Malaysia (ARC) telah diberikan mandat untuk menjayakan program anjuran Urusetia Belia dan Sukan (UBES) Kelantan dengan nama ARC BIKE FEST.

Program ini akan di isi dengan acara-acara yang padat seperti perkongsian pengalaman mengembara dengan motosikal, tips keselamatan, bicara ilmiah dan pelbagai lagi acara yang pasti bermanfaat.

Antara nama besar tanah air yang akan membantu menjayakan program ini adalah Al Fadil Ustaz Azhar Idrus, Ijam Medicine, Ustazah Ainun Mardhiyah dan yang seterusnya perlulah saudara hadiri dan bersua muka sendiri.

Selain bual bicara, celoteh dan perkongsian asam garam kehidupan sebagai Mat Motor, acara pertunjukan aksi stunt dan lagak aksi berani penunggang hawa juga akan ditampilkan.

Hadirin Mat Motor juga akan diajak untuk menjejaki kehidupan para ilmuan bergelar Tuan Guru di negeri serambi mekah, menjengah kehidupan di pondok pengajian yang telah melahirkan ribuan pencinta agama, juga menelusuri akhir hayat antara permata ummah Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Marilah bersama-sama kita sertai dan rasai kehangatan budaya dan keramahan pengkecek Kelate dalam program julung kali ARC BIKE FEST pada 23-25 Februari 2018 di lapangan aksi RED WARRIORS Kota Bharu.

We Ride for Charity’
‘Riadhah, Ukhuwwah, Dakwah’